Tarikh : 12 November 2022 Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi Tempat : SK Kampung Soeharto Peserta : Orang Awam |
Tujuan
Road tour Miv Felda Soeharto pada kali ini memberi penerangan kepada orang awam di Hari Sukan Sekolah Kebangsaan Kg. Soeharto mengenai Klik Dengan Bijak. MIV Komuniti adalah Program Sukarelawan ICT untuk membantu komuniti meningkatkan kemahiran ICT dan memberi Kesedaran Advokasi kepada komuniti sekitar. Aktiviti yang dijalankan ketika hari sukan ini adalah perarakan setiap rumah sukan, senaman aerobik, acara sukan bagi setiap murid, acara sukan untuk staf dan ibu bapa dan banyak lagi aktiviti di hari sukan tersebut.
Aktiviti
Peserta MIV Felda Soeharto diberi tugasan untuk memberi kesedaran dan mengedarkan risalah mengenai apa itu buli siber dan online grooming kepada orang awam.