Tarikh : 4 Disember 2022

Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Klik Dengan Bijak (Click Wisely) adalah sebuah inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran awam tentang keselamatan dan perlindungan di Internet. Buli siber atau gangguan siber adalah sejenis buli yang berlaku dalam talian. Ia dilakukan melalui teks, imej atau video untuk memalukan, mengugut, atau memaki haman mangsa. Mangsa mungkin mendapati sukar untuk melarikan diri kerana pembuli siber ini gigih mengganggu di Internet. Kesan kepada mangsa termasuk rasa rendah diri, membahayakan diri sendiri, sukar mempercayai orang lain dan perubahan dalam personaliti.

Aktiviti

Pengajar memberikan arahan untuk lihat video dan membaca klik dengan bijak mengenai buli siber. Setelah melihat video, pengajar memberikan kuiz kepada setiap pelajar. Link kuiz klik dengan bijak : https://wordwall.net/ms/resource/10778827/kuiz-advokasi-klik-dengan-bijak 

Galeri Foto