Tarikh : 27 Ogos 2020

Masa : 3.00 petang - 5.00 petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Dewasa

 

Tujuan

Pertandingan ini melibatkan komuniti sekitar Pusat Internet Felda Soeharto. Peserta perlu kongsikan video mengubah kraftangan bersama-sama keluarga sempena hari merdeka di FB Pusat Internet. Tujuannya untuk merapatkan jurang digital dan ukhuwah sesama keluarga di bulan merdeka dan dalam mencegah virus covid-19.

Aktiviti

Pertandingan bermula awal bulan Ogos dan berakhir pada 25 Ogos 2020. Pemenang di kira berdasarkan LIKE terbanyak di Facebook rasmi Pusat Internet Felda Soeharto dan bertemakan ciptaan kraftangan daripada barangan terpakai dengan berkonsepkan bulan merdeka. Top 3 pemenang ialah : 

🥇- Rohayu Ayob (Hiasan Bekas Kuih)
🥈- Nurhasni (Kipas Jalur Gemilang)
🥉- Safiyyah (Cekak Rambut Terpakai)
 
Tahniah kepada pemenang dan semua peserta. Terima kasih juga kepada  yang sudi LIKE & SHARE video peserta di Facebook Pusat Internet Felda Soeharto. Kehadiran terdiri daripada peserta yang tidak lebih 20 orang & pematuhan SOP yang ditetapkan.