Tarikh : 23 Jun 2024 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari Tempat : NADI Felda Soeharto Peserta : Orang Awam |
Tujuan
NADI Felda Soeharto mengadakan bengkel artificial intelligence (AI Untuk Rakyat) terbuka kepada orang awam. AI adalah Kecerdasan Buatan, seperti kepanjangan AI yaitu Artificial Intelligence, AI merupakan teknologi yang dirancang untuk membuat sistem komputer mampu meniru kemampuan intelektual manusia. AI memungkinkan komputer untuk belajar dari pengalaman, mengidentifikasi pola, membuat keputusan, dan menyelesaikan tugas-tugas kompleks dengan cepat dan efisien.
Aktiviti
Pengajar memberi keterangan mengenai AI dan memberi latihan AI Untuk Rakyat untuk mereka mendapatkan lencana AI AWARE dan AI APPRECIATE.
Tarikh : 22 Jun 2024 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari Tempat : NADI Felda Soeharto Peserta : Orang Awam |
Tujuan
NADI Felda Soeharto mengadakan bengkel artificial intelligence (AI Untuk Rakyat) terbuka kepada orang awam. AI adalah Kecerdasan Buatan, seperti kepanjangan AI yaitu Artificial Intelligence, AI merupakan teknologi yang dirancang untuk membuat sistem komputer mampu meniru kemampuan intelektual manusia. AI memungkinkan komputer untuk belajar dari pengalaman, mengidentifikasi pola, membuat keputusan, dan menyelesaikan tugas-tugas kompleks dengan cepat dan efisien.
Aktiviti
Pengajar memberi keterangan mengenai AI dan memberi latihan AI Untuk Rakyat untuk mereka mendapatkan lencana AI AWARE dan AI APPRECIATE.
Tarikh : 18 Jun 2024 Masa : 9.00 pagi - 10.00 pagi Tempat : NADI Felda Soeharto Peserta : Pelajar UNIMEL dan Usahawan |
Tujuan
NADI Felda Soeharto bekerjasama dengan pelajar Universiti Islam Melaka (UNIMEL) mengadakan bengkel keusahawanan bersama mereka. Pada hari ini, petugas NADI Felda Soeharto membentangkan mengenai kenali pelanggan dan segmentasi pemasaran. Segmentasi pasaran atau segmentasi pelanggan ialah proses membahagikan pasaran pengguna atau perniagaan kepada subkumpulan bermakna pelanggan semasa atau bakal dikenali sebagai segmen. Tujuannya adalah untuk mengenal pasti segmen yang menguntungkan dan berkembang yang boleh disasarkan oleh syarikat dengan strategi pemasaran yang berbeza.
Aktiviti
Pengajar diberi tugasan untuk membentangkan mengenai kenali pelanggan dan segmentasi pemasaran . Pengajar mengajar bagaimana ingin mengenali pelanggan kita dan segmentasi mereka untuk kita meyakinkan mereka dengan produk kita dan dapat meluaskan lagi perniagaan.
Tarikh : 22 Jun 2024 Masa : 10.00 pagi - 5.00 petang Tempat : NADI Sungai Buaya Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Program ini anjuran bersama NADI Hulu Selangor yang diadakan di NADI Sungai Buaya. Memudahkan para pelajar untuk ulangkaji pelajaran dan menggalakkan pelajar memilih NADI sebagai platform pembelajaran. Pelajar belajar apa itu STEM IOT. Program E-Stem adalah merupakan singkatan kepada bidang Sains, Teknologi, Enginering dan Matematik. Istilah ini biasanya digunakan bagi menunjukkan dasar pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah bagi meningkatkan daya saing dalam bidang pembangunan teknologi. Pada hari ini, setiap pelajar mempelajari mengenai robotik. Mereka belajar bagaimana cara berfungsi apabila kita membina satu robot.Selain itu, mereka juga mempelajari klik dengan bijak.
Aktiviti
Pengajar mengajar apa itu stem iot dan memberikan kuiz kepada pelajar sekolah. Kuiz ini melibatkan pelajaran sains dan matematik. Kuiz ini mengasah minda setiap pelajar untuk mengetahui mengenai sains dan matematik. Pengajar memberi latihan dan tutorial kepada setiap pelajar.
Tarikh : 14 Jun 2024 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari Tempat : NADI Felda Soeharto Peserta : Usahawan |
Tujuan
NADI Felda Soeharto mengadakan program membuat biskut viral bersama usahawan. Pada hari ini, Rakan Digital NADI Felda Soeharto menerangkan bagaimana hendak membuat biskut kesihatan yang mudah dan senang untuk dibuat oleh semua usahawan. Selain itu, Rakan Digital juga menerangkan bagaimana usahawan ingin berniaga produk mereka di dalam shopee.
Aktiviti
Rakan Digital diberi tugasan untuk menereangkan bagaimana ingin membuat biskut kesihatan yang mudah dan cepat. Selain itu, Rakan Digital jugak menerangkan bagaimana ingin menjual produk usahawan dalam shopee.