Tarikh : 18 Jun 2024 Masa : 9.00 pagi - 10.00 pagi Tempat : NADI Felda Soeharto Peserta : Pelajar UNIMEL dan Usahawan |
Tujuan
NADI Felda Soeharto bekerjasama dengan pelajar Universiti Islam Melaka (UNIMEL) mengadakan bengkel keusahawanan bersama mereka. Pada hari ini, petugas NADI Felda Soeharto membentangkan mengenai kenali pelanggan dan segmentasi pemasaran. Segmentasi pasaran atau segmentasi pelanggan ialah proses membahagikan pasaran pengguna atau perniagaan kepada subkumpulan bermakna pelanggan semasa atau bakal dikenali sebagai segmen. Tujuannya adalah untuk mengenal pasti segmen yang menguntungkan dan berkembang yang boleh disasarkan oleh syarikat dengan strategi pemasaran yang berbeza.
Aktiviti
Pengajar diberi tugasan untuk membentangkan mengenai kenali pelanggan dan segmentasi pemasaran . Pengajar mengajar bagaimana ingin mengenali pelanggan kita dan segmentasi mereka untuk kita meyakinkan mereka dengan produk kita dan dapat meluaskan lagi perniagaan.