Tarikh : 22 Jun 2024

Masa : 10.00 pagi - 5.00 petang

Tempat : NADI Sungai Buaya

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Program ini anjuran bersama NADI Hulu Selangor yang diadakan di NADI Sungai Buaya. Memudahkan para pelajar untuk ulangkaji pelajaran dan menggalakkan pelajar memilih NADI sebagai platform pembelajaran. Pelajar belajar  apa itu STEM IOT. Program E-Stem adalah merupakan singkatan kepada bidang Sains, Teknologi, Enginering dan Matematik. Istilah ini biasanya digunakan bagi menunjukkan dasar pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah bagi meningkatkan daya saing dalam bidang pembangunan teknologi. Pada hari ini, setiap pelajar mempelajari mengenai robotik. Mereka belajar bagaimana cara berfungsi apabila kita membina satu robot.Selain itu, mereka juga mempelajari klik dengan bijak.

Aktiviti 

Pengajar mengajar apa itu stem iot dan memberikan kuiz kepada pelajar sekolah. Kuiz ini melibatkan pelajaran sains dan matematik. Kuiz ini mengasah minda setiap pelajar untuk mengetahui mengenai sains dan matematik. Pengajar memberi latihan dan tutorial kepada setiap pelajar.

Galeri Foto