Tarikh : 11 Jun 2024 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari Tempat : NADI Felda Sungai Tengi Peserta : Usahawan |
Tujuan
Pihak TM SME bersama Rakan Digital NADI Felda Soeharto dan Rakan Digital NADI Felda Sungai Tengi mengadakan bengkel Taklimat keusahawanan Digital Marketing Solution bersama TM UNIFI. Usahawan dijemput untuk menghadiri bengkel tersebut. Banyak pengetahuan yang diterima mengenai pakej-pakej yang dianjurkan oleh Unifi Business.
Aktiviti
Sesi bengkel ini dibentangkan oleh panel jemputan. Panel menerangkan pakej-pakej yang dianjurkan oleh Unifi Business. Usahawan-usahawan diberi penerangan untuk mengikut bengkel business cemerlang bersama unifi business.
Tarikh : 11 Jun 2024 Masa : 9.00 pagi - 10.00 pagi Tempat : NADI Felda Soeharto Peserta : Pelajar UNIMEL dan Usahawan |
Tujuan
NADI Felda Soeharto bekerjasama dengan pelajar Universiti Islam Melaka (UNIMEL) mengadakan bengkel keusahawanan bersama mereka. Pada hari ini, petugas NADI Felda Soeharto membentangkan mengenai pengenalan e-pemasaran dan pemasaran digital. E-Pemasaran adalah proses pemasaran jenama yang menggunakan medium internet sebagai medium utama manakala pemasaran digital adalah istilah luas yang merujuk kepada pelbagai teknik promosi yang digunakan untuk mencapai pelanggan melalui teknologi digital.
Aktiviti
Pengajar diberi tugasan untuk membentangkan mengenai pengenalan e-pemasaran dan pemasaran digital. Pengajar mengajar bagaimana ingin meluaskan pemasaran secara digital dan dapat menghasilkan pendapatan yang baik.
Tarikh : 08 Jun 2024 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari Tempat : NADI Felda Soeharto Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
E-Tuition DiLea adalah salah satu program digital learning yang dijalankan di setiap NADI. Pembelajaran kali ini adalah untuk menilai tahap kefahaman pelajar sepanjang pembelajaran berlangsung pada setiap minggu. Penilaian ini juga bertujuan untuk melihat keberkesanan sistem etuisyen yang sedang dijalankan. Pada hari ini, pelajar belajar mengenai cara menjawab soalan dalam present simple
Aktiviti
Pelajar diberikan soalan yang berkaitan dengan subjek bahasa inggeris yang merangkumi semua tajuk yang telah diajar pada setiap minggu. Pelajar akan menjawab soalan- soalan tersebut mengikut ketetapan masa yang telah ditetapkan. Pengajar akan menyemak jawapan setiap pelajar selepas sesi pembelajaran tamat.
Tarikh : 09 Jun 2024 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari Tempat : NADI Felda Soeharto Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Memudahkan para pelajar untuk ulangkaji pelajaran dan menggalakkan pelajar memilih NADI sebagai platform pembelajaran. Pelajar belajar apa itu STEM IOT. Program E-Stem adalah merupakan singkatan kepada bidang Sains, Teknologi, Enginering dan Matematik. Istilah ini biasanya digunakan bagi menunjukkan dasar pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah bagi meningkatkan daya saing dalam bidang pembangunan teknologi. Pada hari ini, setiap pelajar mempelajari mengenai robotik. Mereka belajar bagaimana cara berfungsi apabila kita membina satu robot.
Aktiviti
Pengajar mengajar apa itu stem iot dan memberikan kuiz kepada pelajar sekolah. Kuiz ini melibatkan pelajaran sains dan matematik. Kuiz ini mengasah minda setiap pelajar untuk mengetahui mengenai sains dan matematik. Pengajar memberi latihan kepada setiap pelajar.
Tarikh : 02 Jun 2024 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari Tempat : NADI Felda Soeharto Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Menaip adalah satu aktiviti setiap pelajar untuk mahir menaip denga pantas dan betul mengikut huruf besar, huruf kecil, dan simbol. Menaip dalam talian boleh membuat setiap pelajar berlatih menaip dengan pantas dan baik.
Aktiviti
Setiap pelajar diberi masa selama 3 minit untuk menaip setiap perkataan yang telah disediakan dengan pantas dan betul. Link yang diberikan oleh pengajar: https://10fastfingers.com/typing-test/english