Tarikh : 14 Jun 2024

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : NADI Felda Soeharto

Peserta : Usahawan

 

Tujuan

NADI Felda Soeharto mengadakan program membuat biskut viral bersama usahawan. Pada hari ini, Rakan Digital NADI Felda Soeharto menerangkan bagaimana hendak membuat biskut kesihatan yang mudah dan senang untuk dibuat oleh semua usahawan. Selain itu, Rakan Digital juga menerangkan bagaimana usahawan ingin berniaga produk mereka di dalam shopee.

Aktiviti

Rakan Digital diberi tugasan untuk menereangkan bagaimana ingin membuat biskut kesihatan yang mudah dan cepat. Selain itu, Rakan Digital jugak menerangkan bagaimana ingin menjual produk usahawan dalam shopee.

Galeri Foto

Tarikh : 11 Jun 2024

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : NADI Felda Sungai Tengi

Peserta : Usahawan

 

Tujuan

Pihak TM SME bersama Rakan Digital NADI Felda Soeharto dan Rakan Digital NADI Felda Sungai Tengi mengadakan bengkel Taklimat keusahawanan Digital Marketing Solution bersama TM UNIFI. Usahawan dijemput untuk menghadiri bengkel tersebut. Banyak pengetahuan yang diterima mengenai pakej-pakej yang dianjurkan oleh Unifi Business.

Aktiviti

Sesi bengkel ini dibentangkan oleh panel jemputan. Panel menerangkan pakej-pakej yang dianjurkan oleh Unifi Business. Usahawan-usahawan diberi penerangan untuk mengikut bengkel business cemerlang bersama unifi business.

Galeri Foto

Tarikh : 09 Jun 2024

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : NADI Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Memudahkan para pelajar untuk ulangkaji pelajaran dan menggalakkan pelajar memilih NADI sebagai platform pembelajaran. Pelajar belajar  apa itu STEM IOT. Program E-Stem adalah merupakan singkatan kepada bidang Sains, Teknologi, Enginering dan Matematik. Istilah ini biasanya digunakan bagi menunjukkan dasar pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah bagi meningkatkan daya saing dalam bidang pembangunan teknologi. Pada hari ini, setiap pelajar mempelajari mengenai robotik. Mereka belajar bagaimana cara berfungsi apabila kita membina satu robot.

Aktiviti 

Pengajar mengajar apa itu stem iot dan memberikan kuiz kepada pelajar sekolah. Kuiz ini melibatkan pelajaran sains dan matematik. Kuiz ini mengasah minda setiap pelajar untuk mengetahui mengenai sains dan matematik. Pengajar memberi latihan kepada setiap pelajar.

Galeri Foto

Tarikh : 11 Jun 2024

Masa : 9.00 pagi - 10.00 pagi

Tempat : NADI Felda Soeharto

Peserta : Pelajar UNIMEL dan Usahawan

 

Tujuan

NADI Felda Soeharto bekerjasama dengan pelajar Universiti Islam Melaka (UNIMEL) mengadakan bengkel keusahawanan bersama mereka. Pada hari ini, petugas NADI Felda Soeharto membentangkan mengenai pengenalan e-pemasaran dan pemasaran digital. E-Pemasaran adalah proses pemasaran jenama yang menggunakan medium internet sebagai medium utama manakala pemasaran digital adalah istilah luas yang merujuk kepada pelbagai teknik promosi yang digunakan untuk mencapai pelanggan melalui teknologi digital.

Aktiviti

Pengajar diberi tugasan untuk membentangkan mengenai pengenalan e-pemasaran dan pemasaran digital. Pengajar mengajar bagaimana ingin meluaskan pemasaran secara digital dan dapat menghasilkan pendapatan yang baik.

Galeri Foto

Tarikh : 08 Jun 2024

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : NADI Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

E-Tuition DiLea adalah salah satu program digital learning yang dijalankan di setiap NADI. Pembelajaran kali ini adalah untuk menilai tahap kefahaman pelajar sepanjang pembelajaran berlangsung pada setiap minggu. Penilaian ini juga bertujuan untuk melihat keberkesanan sistem etuisyen yang sedang dijalankan. Pada hari ini, pelajar belajar mengenai cara menjawab soalan dalam present simple

Aktiviti

Pelajar diberikan soalan yang berkaitan dengan subjek bahasa inggeris yang merangkumi semua tajuk yang telah diajar pada setiap minggu. Pelajar akan menjawab soalan- soalan tersebut mengikut ketetapan masa yang telah ditetapkan. Pengajar akan menyemak jawapan setiap pelajar selepas sesi pembelajaran tamat.

Galeri Foto