Tarikh : 06 April 2024

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Tempat : NADI Felda Soeharto

Peserta : Orang Awam

 

Tujuan

Program kali ini merupakan satu usaha pihak Pusat Sebaran Maklumat Nasional Felda Soeharto untuk mengadakan aktiviti di bulan Ramadan. Program ini adalah untuk membantu penduduk setempat dalam melaksanakan tanggungjawab ini dengan menyediakan lokasi pembayaran zakat fitrah dan turut berkerjasama dengan amil yang diamanahkan untuk bahagian kutipan.

Terima kasih kepada Amil Zakat Felda Soeharto atas kerjasama yang diberikan. Turut terima kasih kepada pengunjung yang hadir untuk membuat bayaran zakat dan memilih Pusat Sebaran Maklumat Nasional Felda Soeharto sebagai lokasi pilihan.

Aktiviti

Pembayaran zakat dan sedikit tazkirah zakat secara santai.

Galeri Foto

Tarikh : 06 April 2024

Masa : 10.45 pagi - 11.45 pagi

Tempat : NADI Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

E-Tuition DiLea adalah salah satu program digital learning yang dijalankan di setiap NADI. Pembelajaran kali ini adalah untuk menilai tahap kefahaman pelajar sepanjang pembelajaran berlangsung pada setiap minggu. Penilaian ini juga bertujuan untuk melihat keberkesanan sistem etuisyen yang sedang dijalankan. Pada hari ini, pelajar belajar mengenai satu teks diberi dan menjawab mengikut jawapan di dalam teks.

Aktiviti

Pelajar diberikan soalan yang berkaitan dengan subjek Bahasa Inggeris yang merangkumi semua tajuk yang telah diajar pada setiap minggu. Pelajar akan menjawab soalan- soalan tersebut mengikut ketetapan masa yang telah ditetapkan. Pengajar akan menyemak jawapan setiap pelajar selepas sesi pembelajaran tamat.

Galeri Foto

Tarikh : 26 Mac 2024

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : NADI Felda Soeharto

Peserta : Usahawan

 

Tujuan

NADI Felda Soeharto mengadakan program membuat biskut kesihatan bersama usahawan.. Pada hari ini, Rakan Digital NADI Felda Soeharto menerangkan bagaimana hendak membuat biskut kesihatan yang mudah dan senang untuk dibuat oleh semua usahawan. Selain itu, Rakan Digital juga menerangkan bagaimana usahawan ingin berniaga produk mereka di dalam shopee.

Aktiviti

Rakan Digital diberi tugasan untuk menereangkan bagaimana ingin membuat biskut kesihatan yang mudah dan cepat. Selain itu, Rakan Digital jugak menerangkan bagaimana ingin menjual produk usahawan dalam shopee.

Galeri Foto

Tarikh : 04 April 2024

Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : NADI Felda Soeharto

Peserta : Pelajar UNIMEL & Usahawan

 

Tujuan

NADI Felda Soeharto bekerjasama dengan pelajar Universiti Islam Melaka (UNIMEL) mengadakan bengkel keusahawanan bersama mereka. Pada hari ini, Penolong Pengurus NADI Felda Soeharto membentangkan mengenai Editing canva untuk usahawan. Kebanyakan pelajar telah mengetahui mengenai canva sebagai kerja sekolah mereka. Canva adalah satu aplikasi mengedit gambar menjadi gambar yang bercorak. Penolong pengurus mengajar bagaimana nak edit gambar di dalam canva.

Aktiviti

Penolong Pengurus diberi tugasan untuk membentangkan mengenai canva untuk usahawan. Pengajar mengajar bagaimana ingin edit gambar menggunakan canva dan setiap pelajar diberi tugasan untuk membuat rialah mengenai produk masing-masing.

 Galeri Foto

Tarikh : 21 Mac 2024

Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : NADI Felda Soeharto

Peserta : Pelajar UNIMEL & Usahawan

 

Tujuan

NADI Felda Soeharto bekerjasama dengan pelajar Universiti Islam Melaka (UNIMEL) mengadakan bengkel keusahawanan bersama mereka. Pada hari ini, Rakan Digital NADI Felda Soeharto membentangkan mengenai shopee business. Ramai dikalangan pelajar sudah mempunyai shopee tetapi tidak mengetahu bagaimana inginmenjual produk di dalam shopee. Rakan Digital menerangkan bagaimana nak mulakan perniagaan di shopee.

Aktiviti

Rakan Digital diberi tugasan untuk menerangkan kepada Pelajar UNIMEL mengenai shopee business. Rakan Digital menerangkan bagaimana ingin mendaftar akaun shopee perniagaan kepada pelajar UNIMEL.

Galeri Foto