Tarikh : 25 September 2022

Masa : 2.00 Petang - 5.30 Petang

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Dewasa

 

Tujuan

Program keusahawanan digital ini bertujuan untuk mengajar usahawan bagaimana untuk mereka meningkatkan lagi perniagaan usahawan tersebut. Antara yang mereka pelajari adalah bagaimana hendak mendaftar Go E-Commerce iaitu salah satu platform digital untuk setiap usahawan. Selain itu, mereka mempelajari bagaimana hendak mengambil gambar mengikut sudut yang betul dan mengedit gambar di salah satu aplikasi mengedit gambar iaitu Canva.com .

Aktiviti

Pengajar yang terlatih memberi keterangan kepada usahawan. Selepas memberi keterangan, usahawan perlu mengambil gambar yang berada di dalam PEDi dan mengedit gambar tersebut. Setelah usahawan mengedit gambar tersebut, pengajar perlu menilai dan pemenang diberikan hadiah.

Galeri Foto