|
Tujuan
Sejarah tercipta apabila pihak SKMM dan GD Express memeterai perjanjian perkhidmatan yang diwujudkan di Pusat Internet. Program ini bertujuan memberitahu penduduk setempat berkaitan satu lagi perkhidmatan yang ada di Pusat Internet Felda Soeharto iaitu sebagai ejen kurier luar bandar di bawah kerjasama syarikat GD Express. Terdapat 20 PI yang terpilih dan salah satu nya di PI Felda Soeharto. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ybhg. Tan Sri Dr. Halim Bin Shafie selaku Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Antara tetamu VVIP lain yang hadir ialah :
1. Dato' Captain Ahmad Sufian (Pengerusi GD Express Sdn Bhd)
2. Tuan Haji Anuar Mat Alim (Pengurus Besar TM Berhad)
3. Dato' Hj Mohamad Khairudin B. Hj Mohamad (Pengarah SERANTA Felda)
Pada majlis tersebut lebih 30 pekerja dari GD Express hadir dan turun padang untuk memastikan majlis tersebut berjalan lancar. Dianggarkan hampir 600 pengunjung yang hadir pada majlis tersebut yang terdiri 10 usahawan terpilih untuk menjalankan perniagaan mereka pada hari itu. Yang pasti, majlis berjalan dengan sangat lancar dan pengunjung diberi taklimat infomasi berkaitan perkhidmatan GD Express di PI, turut dihiburkan oleh persembahan tarian daripada kumpulan Swalla dan cabutan bertuah.
Aktiviti
Pengunjung yang hadir diberi makanan percuma oleh peniaga tempatan dan juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah yang sangat menarik.
Tarikh : 15 Februari 2018 Masa : 9.00 pagi - 1.00 Tengahari Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto Peserta : Orang Awam |
Tujuan
Program yang di beri nama Hari Bersama Komuniti berjaya menarik minat orang ramai dengan anggaran 300 pengunjung yang hadir pada hari tersebut. Program ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan baik PI dengan penduduk setempat selain dapat menyalurkan hal-hal berkaitan program,kelas dan aktiviti yang dilakukan oleh pusat internet. Program telah dirasmikan oleh Pengerusi PI Felda Soeharto, Tuan Haji Harun Bin Jamaludin, juga tetamu VIP yang sama memberi sokongan pada majlis tersebut ialah wakil TM, En Mohd Aziadi Hanifah, wakil syarikat MSD, En Muhamad Najib Bin Adnan, pengerusi KOSPEN Komuniti, En Zainudin Md Naan, wakil FELDA cawangan Felda Soeharto dan pengerusi berserta AJK Gerakan Pergerakan Wanita (GPW) Felda Soeharto. Terima kasih diucapkan kepada penduduk Felda Soeharto!
Aktiviti
Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan untuk memastikan komuniti berpuas hati terhadap program dan perkhidmatan yang diadakan, antaranya ialah pemeriksaan kesihatan percuma, kelas fotografi dan videografi, zumba dan penerangan advokasi untuk Klik Dengan Bijak dan Mobile E-Waste. Pengunjung yang hadir juga tidak melepaskan peluang dengan menyertai aktiviti pertandingan seperti pertandingan timbang bola, mewarna dan kuiz PI selain cabutan bertuah yang dinanti-nantikan.
Tarikh : 09 Januari 2017 Masa : 3.00 petang - 5.00 petang Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto Peserta : 10 orang |
Tujuan
Pada hari tersebut, peserta yang hadir memulakan dengan mempelajari cara menghasilkan Storyboard. Tugasannya ialah menghasilkan 1 storyboard untuk satu video pendek . Tugasan ini bertujuan untuk membantu usahawan menambah baik cara promosi mereka khususnya dalam online perniagaan.
Aktiviti
Tugasan video ini mengambil masa 3 minggu. Mereka akan melakukan pembentangan pada hari yang akan ditetapkan. Penghasilan storyboard ini bertujuan untuk mendidik golongan warga desa khususnya usahawan untuk menghasilkan video yang baik untuk menarik minat penonton berkaitan produk yang mereka hasilkan.
Tarikh : December 2017 Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto Peserta : 20 orang |
Tujuan
Sepanjang tempoh berlangsungnya cuti sekolah untuk sesi 2017, pelbagai aktiviti dan kelas yang PI Felda Soeharto anjurkan khususnya untuk pelajar sekolah. Tujuannya sudah pasti untuk menggalakkan peserta menggunakan pusat internet sebagai salah satu sumber rujukan pembelajaran di samping mengisi masa lapang mereka dengan menimba ilmu.
Aktiviti
Antara kelas dan aktiviti yang pihak adakan adalah penerangan berkaitan My Komuniti dalam Dashboard Komuniti, ulangkaji untuk mata pelajaran Bahasa Melayu, English, Matematik, Sains dan Music. Kelas kali ini meminta para pelajar berkongsi ilmu dengan pelajar lain mengikut kesesuaian umur dan tahap pembelajaran. Hal ini juga di bantu dan di bimbing oleh pekerja PI berdasarkan pencarian ilmu di dalam internet. Di samping itu juga, pihak PI juga menyelitkan beberapa program sampingan seperti Tips Kesihatan dan Klik Dengan Bijak. Pelajar yang hadir sangat teruja dan memanfaatkan masa yang ada dengan baik dan berkesan.
Tarikh : 19/10/2017 - 22/10/2017 (Khamis - Ahad) Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto Peserta : 30 orang |
Tujuan
Sempena cuti sekolah untuk perayaan hari Deepavali, Felda Soeharto telah mengadakan beberapa program untuk mengisi masa lapang murid-murid yang bercuti sekolah. Tujuannya adalah untuk mengisi masa lapang meraka dengan aktiviti yang lebih berilmu.
Aktiviti
Antara program yang dijalankan adalah kelas Word Kreatif, Adobe Photoshop CS6 (Editing Picture), pertandingan Explorace ICT dan Find The Hidden Object. Program ini dilakukan selama 4 hari dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Program ini juga dibantu oleh sukarelawan Pi1M Felda Soeharto untuk turut serta memastikan program ini berjalan lancar. Pada 15/10/2017 juga diadakan kelas Rangoli Online kepada pelajar untuk mengetahui Rangoli yang sebenar khususnya masyarakat yang tidak menyambut hari Deepavali.