Tarikh   : 15 Februari 2018

Masa    : 9.00 pagi - 1.00 Tengahari 

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Orang Awam

 

Tujuan

Program yang di beri nama Hari Bersama Komuniti berjaya menarik minat orang ramai dengan anggaran 300 pengunjung yang hadir pada hari tersebut. Program ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan baik PI dengan penduduk setempat selain dapat menyalurkan hal-hal berkaitan program,kelas dan aktiviti yang dilakukan oleh pusat internet. Program telah dirasmikan oleh Pengerusi PI Felda Soeharto, Tuan Haji Harun Bin Jamaludin, juga tetamu VIP yang sama memberi sokongan pada majlis tersebut ialah wakil TM, En Mohd Aziadi Hanifah, wakil syarikat MSD, En Muhamad Najib Bin Adnan, pengerusi KOSPEN Komuniti, En Zainudin Md Naan, wakil FELDA cawangan Felda Soeharto dan pengerusi berserta AJK Gerakan Pergerakan Wanita (GPW) Felda Soeharto. Terima kasih diucapkan kepada penduduk Felda Soeharto!

Aktiviti

Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan untuk memastikan komuniti berpuas hati terhadap program dan perkhidmatan yang diadakan, antaranya ialah pemeriksaan kesihatan percuma, kelas fotografi dan videografi, zumba dan penerangan advokasi untuk Klik Dengan Bijak dan Mobile E-Waste. Pengunjung yang hadir juga tidak melepaskan peluang dengan menyertai aktiviti pertandingan seperti pertandingan timbang bola, mewarna dan kuiz PI selain cabutan bertuah yang dinanti-nantikan.

Galeri Foto