Tarikh   : 19/10/2017 - 22/10/2017 (Khamis - Ahad)

Masa     : 9.00 pagi - 12.00 tengahari 

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : 30 orang

 

Tujuan

Sempena cuti sekolah untuk perayaan hari Deepavali, Felda Soeharto telah mengadakan beberapa program untuk mengisi masa lapang murid-murid yang bercuti sekolah. Tujuannya adalah untuk mengisi masa lapang meraka dengan aktiviti yang lebih berilmu.

Aktiviti

Antara program yang dijalankan adalah kelas Word Kreatif, Adobe Photoshop CS6 (Editing Picture), pertandingan Explorace ICT dan Find The Hidden Object. Program ini dilakukan selama 4 hari dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Program ini juga dibantu oleh sukarelawan Pi1M Felda Soeharto untuk turut serta memastikan program ini berjalan lancar. Pada 15/10/2017 juga diadakan kelas Rangoli Online kepada pelajar untuk mengetahui Rangoli yang sebenar khususnya masyarakat yang tidak menyambut hari Deepavali.

Galeri Foto

Tarikh  : 08 Oktober 2017

Masa    : 9.30 pagi - 5.00 petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : 15 orang

 

Tujuan

Program yang mengenengahkan cara - cara untuk menjadi usahawan yang berjaya khususnya dalam kepenggunaan media sosial yang sesuai pada masa kini. Penceramah daripada KAF MDEC, Cik Imra'atul Husna menerangkan dengan lebih lanjut dalam pengawalan perniagaan dalam social network, tips gambar menarik dan copywriting yang bagus membuat peserta begitu ingin mendalami ilmu yang diperolehi. Seramai 15 peserta menyertai program untuk kali ini dan berjalan dengan sangat lancar. 

Aktiviti

Perlu menggunakan gadget yang ada pada mereka untuk kemaskini dan menambahbaik laman social perniagaan peserta. Mereka juga membuat latihan cara ambil gambar dengan betul melalui talifon bimbit masing-masing.

Galeri Foto

dewasa

Tarikh : 17/08/2017

Masa : 3.00 - 5.00 Petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Kali ini penglibatan orang awam dalam aktiviti di pusat internet Felda Soeharto. Mereka yang hadir diberi taklimat mengenai Dashboard Komuniti dan khususnya hal berkaitan My Komuniti. Mereka juga diberi peluang untuk memuat naik segala maklumat yang terdapat di kawasan sekitar di dalam My Komuniti. Turut dilakukan juga adalah membuat ujian tekanan darah dalam My Health sebagai aktiviti sampingan dan penerangan beberapa perkara tentang kepentingan menjaga kesihatan oleh setiap ahli yang hadir. 

Galeri Foto

DK 2.0 PIC LAPORAN 2

DK 2.0 PIC LAPORAN 1

 

Tarikh : 23/09/2017 (Sabtu)

Masa : 9.00 pagi - 2.00 Petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Menerima kunjungan lebih daripada 100 pengunjung pastinya membuatkan program Dashboard Komuniti ini bertambah meriah dan menjadi program yang dinanti oleh warga Felda Soeharto khususnya. Pelbagai aktiviti yang dijalankan dan pertandingan yang diadakan untuk memberi peluang kepada pengunjung merasai sendiri dalam penggunaan ICT yang ditawarkan. Berikut aktiviti yang dijalankan:

-Taklimat Dashboard
-Taklimat & aplikasi My Shop 
-Taklimat & aplikasi My Soal 
-Taklimat & aplikasi My Health 
-Taklimat & aplikasi My Komunti 
-Taklimat Klik Dengan Bijak 
-Taklimat Mobile e-waste 
- Pertandingan Skrip Ke Skrin 
- Pertandingan Mewarna
- Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik

Galeri Foto

kelas 1

 

Tarikh : 27/08/2017

Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari (Sesi 1)

            2.00 petang - 6.00 petang (Sesi 2)

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Program Lestari ICT ini adalah kerjasama pihak PI Felda Soeharto dengan pihak Sekolah Kebangsaan Kg Soeharto. Tujuannya adalah untuk menggalakkan pelajar sekolah untuk menggunakan ilmu IT dengan lebih baik dan bermanfaat. Kali ini pelajar sekolah yang terlibat diberi tugasan untuk mencari maklumat dan menjawab kuiz sempena sambutan kemerdekaan yang ke-60. Seramai 20 orang pelajar dari darjah 1 hingga darjah 6 mengikuti program ini dan di beri tugasan yang bersesuaian mengikut tahap pembelajaran pelajar.

Laporan Aktiviti Bulan Januari 2017

Laporan Aktiviti Bulan Februari 2017

Laporan Aktiviti Bulan Mac 2017

Laporan Aktiviti Bulan April 2017

Laporan Aktiviti Bulan Mei 2017

Laporan Aktiviti Bulan Jun 2017

Laporan Aktiviti Bulan Julai 2017