Tarikh : 02 Ogos 2018

Masa : 3.00 petang - 5.00 petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Orang Awam (Dewasa)

 

Tujuan

Kelas ini memberi peluang kepada pelajar pusat internet untuk membuat pembentangan dihadapan orang lain selain dapat meningkatkan keyakinan komunikasi bersama peserta lain. Selain itu diterangkan juga berkaitan Dashboard Komuniti.

Aktiviti

Pembentangan berkaitan cara menangkap serangga menggunakan botol plastik terpakai. Peserta juga dibenarkan untuk membawa barangan yang sesuai dan menunjukkan cara penangkapan serangga yang berkesan. 

Galeri Foto

Tarikh : 29 Julai 2018

Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Jangan mudah untuk kongsi maklumat yang tidak sah samada di alam maya, whatsapp atau artikel. Pelajar ini di beri peringatan agar terus berhati-hati dalam mencari dan menyebarkan maklumat.

Aktiviti

Tayangan video pendek berkaitan info maklumat palsu yang mengandungi punca, kesan dan cara mengatasi isu penyebaran maklumat yang tidak benar.

Galeri Foto

Tarikh : 28 Julai 2018

Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Menggalakkan pelajar untuk menanam minat dalam subjek Sejarah dan mengisi masa lapang dengan ulangkaji.

Aktiviti

Sesi ulangkaji subjek Sejarah dijalankan dengan bantuan pekerja PI disamping membuat rujukan melalui buku dan internet.

Galeri Foto

Tarikh : 29 Julai 2018

Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Tular di social media berkaitan penyakit berjangkit HFMD (Hand, Foot, Mouth Disease) atau penyakit tangan, kaki dan mulut di kalangan kanak-kanak. Program ini dijalankan untuk memberi kesedaran tentang perkara ini dan perlu tahu untuk mencegahnya.

Aktiviti

Pelajar yang hadir ditunjukkan gambar penyakit HFMD ini agar nampak dengan lebih jelas akan bahayanya gejala ini yang pastinya boleh dijangkiti oleh sesiapa sahaja dan di mana sahaja. 

Galeri Foto

Tarikh : Sepanjang Bulan Julai 2018

Masa : Waktu Operasi PI

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Orang Awam 

 

Tujuan

Program E-Rezeki yang dijalankan adalah untuk membantu golongan yang mencari pendapatan sampingan melalui kerja-kerja yang terdapat di dalam portal E-Rezeki. 

Aktiviti

Pekerja PI memberi taklimat berkaitan program E-Rezeki dan membantu pengguna untuk mendaftar ke dalam E-Rezeki. Sesi praktikal untuk mencari pekerjaan yang sesuai juga dilakukan agar peserta yang berdaftar fahami apa yang dilakukan. Aktiviti ini dilakukan sepanjang bulan Julai terbuka kepada sesiapa yang berminat.

Galeri Foto