Tarikh : 14 Oktober 2018 Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Masa kini, teknologi amatlah dekat dengan kehidupan seharian. Ilmu pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi amat penting untuk memastikan ilmu yang diperolehi adalah bermanfaat. Kanak-kanak khususnya perlu didedahkan dengan teknologi dan kepakaran sains dengan kepenggunaan yang betul dan tidak memudaratkan.
Aktiviti
Pelajar ini di beri soalan mudah berkaitan teknologi dan sains dan mereka boleh merujuk sumber yang sahih di internet atas bantuan pekerja pusat internet.
Tarikh : 13 Oktober 2018 Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Memperkenalkan aplikasi masa kini yang hanya boleh mendapatkan maklumat di hujung jari. Pelbagai artikel yang boleh diperolehi dengan sumber laman web yang betul. E-Magazine memaparkan pelbagai rangkaian infomasi untuk tatapan pelbagai peringkat umur.
Aktiviti
Penerangan berkaitan E-Magazine menerusi slideshow dan aktiviti membaca info.
Tarikh : 06 Oktober 2018 Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Proses pembelajaran berkaitan mencari maklumat di internet. Juga beberapa teknik pembelajaran dalam kepenggunaan Microsoft Word yang dapat membantu pelajar ini menyelesaikan tugasan sekolah seperti penghasilan buku kertas kerja.
Aktiviti
Pelajar ini di latih untuk mencari maklumat di dalam internet seperti gambar dan di ajar cara untuk save picture dan paste atau insert picture ke dalam Microsoft Word. Juga beberapa latihan teknik lain seperti susun atur dan ubah saiz gambar dan pelbagai lagi. Proses ini dilakukan sendiri dengan bantuan pekerja pusat internet.
Tarikh : 11 Oktober 2018 Masa : 3.30 petang - 5.00 petang Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto Peserta : Orang Awam |
Tujuan
Meminta pengguna/pelajar untuk terus kemaskini infomasi di dalam Dashoboard Komuniti. Juga mengenali permainan Kahoot!.
Aktiviti
Kemaskini dan memasukkan info di dalam My Komuniti dan menguji minda dengan aktiviti bermain kuiz Kahoot.
Tarikh : 06 Oktober 2018 Masa : 9.30 pagi - 10.00 pagi Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Pelajar yang hadir di beri penerangan asas melayari internet dengan cara yang betul. Juga ditekankan beberapa laman web yang boleh dan tidak boleh dilayari mengikut had umur yang ditetapkan.
Aktiviti
Tayangan video berkaitan kesan salahguna internet dan sesi kongsi pengalaman hal berkaitan salahlaku layari internet.