Tarikh : 15 Julai 2018

Masa : 9.30 pagi - 10.30 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Taklimat berkaitan kesan kongsi maklumat di social media secara berlebihan pada diri sendiri dan orang lain telah dilaksanakan khususnya untuk golongan kanak-kanak yang mudah terdedah dengan dunia alam maya yang tidak betul. Dalam pada masa yang sama, mereka juga di beritahu mengenai program Mobile E-Waste untuk kempen selamatkan bumi.

Aktiviti

Pekerja PI memaparkan video hal berkaitan kongsi maklumat dan memaklumkan kepada pelajar ini untuk membuat semakan terlebih dahulu di www.sebenarnya.my untuk mengetahui maklumat yang di perolehi adalah benar atau tidak sebelum di kongsi. Seterusnya menunjukkan kotak Mobile E-Waste dan menunjukkan jenis barangan yang sesuai untuk diletakkan ke dalam kotak ini, sudah pasti gadget yang telah rosak dan tidak digunakan lagi. Mereka juga akan dipanggil 'hero' kerana telah selamatkan bumi dengan menghapuskan peranti yang tidak elok lagi.

Galeri Foto