Tarikh : 16 Julai 2024

Masa : 9.00 pagi - 10.00 pagi

Tempat : NADI Felda Soeharto

Peserta : Pelajar UNIMEL dan Usahawan

 

Tujuan

NADI Felda Soeharto bekerjasama dengan pelajar Universiti Islam Melaka (UNIMEL) mengadakan bengkel keusahawanan bersama mereka. Pada hari ini, petugas NADI Felda Soeharto membentangkan mengenai anjakan teknologi. Anjakan teknologi merujuk kepada perubahan atau peralihan dalam teknologi yang membawa kepada kemajuan atau perkembangan yang signifikan dalam cara sesuatu dilakukan atau dihasilkan. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kecekapan dan produkitiviti, memudahkan akses kepada maklumat dan sumber, meningkatkan kualiti hidup dan membuka peluang baru.

Aktiviti

Pengajar diberi tugasan untuk membentangkan mengenai anjakan teknologi. Pengajar mengajar bagaimana ingin mengetahui apa yang ada dalam anjakan teknologi. Pengajar memberikan kuiz kepada pelajar dan perlu menjawab dengan betul.

Galeri Foto