Nama : Nor Azizah Binti Amir Umur : 46 Tahun Ahli : 2018 |
Latar Belakang
Puan Azizah mengusahakan perniagaan Frozen Food sejak 2011.
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Sebelum wujudnya Pusat Internet di Felda Soeharto, beliau hanya mempromosi produk dengan cara penyampaian sebaran perseorangan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah wujudnya Pusat Internet di Felda Soeharto ini, Puan Azizah mula mengikuti kursus, kelas dan latihan yang diadakan oleh pihak PI dan juga ada mengikuti Latihan Keusahawanan. Setelah melibatkan diri dalam PI beliau sudah tahu cara mempromosi barangan dengan lebih berkesan dan keuntungan perniagaan lebih meningkat.
MENGIKUTI KELAS KOMPUTER
Nama : Khadijah Binti Itap Umur : 46 Tahun Ahli : 2014 |
Latar Belakang
Puan Khadijah merupakan seorang ibu tunggal yang menetap di Felda Soeharto.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum ini, Puan Khadijah jarang menggunakan komputer membuatkan beliau kurang mahir dalam kepenggunaan computer dan ICT.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Selepas melibatkan diri dengan penggunaan ICT di Pi1M, beliau perolehi kemahiran komputer dan ICT yang baru di mana boleh menambah ilmu teknologi yang sebelum ini beliau tidak pernah tahu. Selain itu, Puan Khadijah dapat menimba ilmu keusahawanan yang menarik minat untuk berniaga nanti.
USAHAWAN BARANGAN KESIHATAN
Nama : Faudziah Binti Saad Umur : 51 tahun Ahli : 2014 |
Latar Belakang
Puan Faudziah merupakan usahawan barangan kesihatan sejak 2016 yang menetap di Felda Soeharto.
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan Pusat Internet
Pada awalnya saya kurang mengetahui fungsi Pusat Internet yang sebenar. Berbekalkan pengetahuan yang sekadar asas dalam bidang IT, membuatkan saya tidak yakin untuk mempromosikan hasil jualan saya secara online dengan langkah yang lebih mudah. Kini saya tahu, saya mampu mendalami ilmu IT dengan lebih lagi dan tidak sekadar mendengar kebaikan Pusat Internet daripada orang lain lagi.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Kelas yang saya hadiri adalah Latihan Keusahawanan di mana saya dapat menambah ilmu lagi dalam bidang ini dengan lebih meluas. Antaranya, cara – cara yang berkesan untuk saya mempromosikan produk saya kepada orang luar. Lain, berniaga secara online, ianya amat menyeronokkan dan mudah sekali. Tambahan lagi, dengan aplikasi My shop di Pusat Internet menambahkan lagi platform perniagaan saya.
MENGIKUTI KELAS KOMPUTER
Nama : Nur Farhana Binti Baharudin Umur : 18 tahun Ahli : 2015 |
Latar Belakang
Cik Nur Farhana merupakan pelajar lepasan SPM yang kini mengambil kelas ICT di PI1M Felda Soeharto.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum ini, saya jarang menggunakan komputer membuatkan saya kurang mahir dalam kepenggunaan komputer. Saya juga kurang faham fungsi-fungsi perisisan yang ada dalam komputer seperti Microsoft Power Point, Microsoft Excel dan sebagainya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui pendekatan kursus, kelas dan latihan yang disediakan oleh pihak Pi1M, ianya banyak membantu saya dalam meningkatkan kemahiran dalam menggunakan komputer dengan baik. Dengan mengikuti kelas pengenalan asas komputer, saya lebih memahami fungsi-fungsi perisian dalam komputer dan lebih mahir dalam menggunakan komputer seperti dapat menaip dengan format yang betul. Antara kelas yang dilakukan adalah kelas Microsoft dan edit gambar dengan menggunakan Adobe Photoshop.
PENGUSAHA KEDAI MAKAN - MAKANAN BARAT
Nama : Muhammad Syahmi Kamil Umur : 24 Tahun Ahli : 2014 |
Latar Belakang
En Syahmi mengusahakan perniagaan makanan barat sejak 2017.
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan Pusat Internet
Sebelum wujudnya Pusat Internet di Felda Soeharto, saya hanya mempromosi kedai makanan saya dengan cara penyampaian sebaran perseorangan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Setelah wujudnya Pusat Internet di Felda Soeharto ini, saya mula mengikuti kursus, kelas dan latihan yang diadakan oleh pihak PI. Bermula dengan mengikuti kursus asas komputer, petugas mengajar saya dan rakan-rakan lain tentang asas penggunaan komputer, untuk meningkatkan kemahiran kami dalam penggunaan komputer dengan baik dan cara yang betul. Saya juga ada mengikuti Latihan Keusahawanan. Setelah melibatkan diri dalam pusat internet saya sudah tahu cara mempromosi barangan dengan lebih berkesan dan keuntungan perniagaan saya lebih meningkat. Pelbagai tips dan ilmu berkaitan perniagaan yang saya pelajari di pusat internet.