MENGIKUTI KELAS KOMPUTER

Nama : Nur Farhana Binti Baharudin

Umur  : 18 tahun

Ahli     : 2015

 

Latar Belakang

Cik Nur Farhana merupakan pelajar lepasan SPM yang kini mengambil kelas ICT di PI1M Felda Soeharto.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini, saya jarang menggunakan komputer membuatkan saya kurang mahir dalam kepenggunaan komputer. Saya juga kurang faham fungsi-fungsi perisisan yang ada dalam komputer seperti Microsoft Power Point, Microsoft Excel dan sebagainya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui pendekatan kursus, kelas dan latihan yang disediakan oleh pihak Pi1M, ianya banyak membantu saya dalam meningkatkan kemahiran dalam menggunakan komputer dengan baik. Dengan mengikuti kelas pengenalan asas komputer, saya lebih memahami fungsi-fungsi perisian dalam komputer dan lebih mahir dalam menggunakan komputer seperti dapat menaip dengan format yang betul. Antara kelas yang dilakukan adalah kelas Microsoft dan edit gambar dengan menggunakan Adobe Photoshop.