Nama : Muhammad Irfan Bin Mohd Pouzi Umur : 12 tahun Ahli : 2014 |
Latar Belakang
Muhammad Irfan adalah pelajar sekolah rendah di SK Kampong Soeharto.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum ini, beliau kurang mahir dalam menggunakan komputer kerana hanya mengetahui asas-asas dalam penggunaan komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Selepas penggunaan ICT beliau dapat mempelajari penggunaan Microsoft Office dengan lebih mahir. Irfan juga banyak mengikuti kelas dan program ICT di Pusat Internet dan ianya sangat seronok. Selain mengisi masa lapang, beliau merasakan dapat belajar banyak perkara baru dalam bidang ICT.
Nama : Azlina Binti Abdullah Umur : 41 Tahun Ahli : 2016 |
Latar Belakang
Puan Azlina menjual roti John Viral sejak 2016.
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan Pusat Internet
Sebelum penggunaan ICT, beliau langsung tidak tahu cara untuk mempromosi di internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Setelah penggunaan ICT Puan Azlina dapat mempromosi produknya dengan meluas dan begitu mudah. Beliau juga dapat mencipta flyers dan ada kad perniagaan sendiri selepas belajar kemahiran komputer di pusat internet Felda Soeharto.
MENGIKUTI KELAS KOMPUTER
Nama : Muhammad Farid Bin Mohamad Aziz Umur : 19 tahun Ahli : 2018 |
Latar Belakang
Muhammad Farid merupakan pelajar baru di Pusat Internet Felda Soeharto yang telah mengikuti kelas anjuran Pusat Internet.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum ini, Farid jarang menggunakan komputer membuatkan beliau kurang mahir dalam kepenggunaan komputer dan ICT di tambah pada zaman teknologi ini yang memerlukan kemahiran ini di dalam pembelajaran mahupun pekerjaan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Selepas melibatkan diri dengan penggunaan ICT di Pusat Internet, Farid semakin mahir dan tidak kekok untuk menggunakan komputer dalam melakukan tugasan pembelajaran. Kemahiran Microsoft Office dan Photoshop semakin baik biarpun latihan masih perlu dilakukan sehingga kini.
Nama : Hamidah binti Shariat Umur : 57 Tahun Ahli : 2015 |
Latar Belakang
Puan Hamidah mengusahakan perkhidmatan Homestay Tok’at sejak 2018.
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan Pusat Internet
Sebelum penggunaan ICT, Puan Hamidah menggunakan sebaran perseorangan untuk promosi perniagaannya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Setelah wujudnya Pusat Internet di Felda Soeharto ini, beliau mula mengikuti kursus, kelas dan latihan yang diadakan oleh pihak Pusat Internet. Puan Hamidah juga ada mengikuti Latihan Keusahawanan. Setelah melibatkan diri dalam Pusat Internet beliau sudah tahu cara mempromosi perkhidmatan dengan lebih mudah.
Nama : Nor Rizan Bt. Mohamat Sahir Umur : 49 Tahun Ahli : 2018 |
Latar Belakang
Puan Nor Rizan mengusahakan perniagaan makanan sejak 2011.
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Sebelum wujudnya Pusat Internet 1Malaysia di Felda Soeharto, beliau tidak tahu bagaimana menggunakan komputer, tetapi sekarang sudah mahir.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah wujudnya Pusat Internet 1Malaysia di Felda Soeharto ini, Puan Rizan mula mengikuti kursus, kelas dan latihan yang diadakan oleh pihak PI1M. Beliau berniaga, jadi banyak bantuan perniagaan dan lain-lain yang memerlukan kertas kerja dan profile perniagaan untuk minta bantuan kewangan. Jadi Puan Rizan perlu belajar bagaimana untuk menggunakan komputer untuk menghasilkan kertas kerja dan profile perniagaan sendiri.