BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama  : Siti Nur Farieha Binti Abdullah

Umur  : 14 tahun

Ahli     : 2014

 

Latar Belakang

Saya adalah pelajar sekolah menengah tingkatan 2 di SMK Kampong Soeharto.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini, saya kurang mahir dalam menggunakan komputer khususnya kemahiran menaip dan perkara asas yang lain

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas penggunaan ICT saya dapat mempelajari pelbagai ilmu komputer contohnya menguasai Microsoft dengan baik seperti menaip, menggunakan powerpoint dan melayari internet dengan lebih lancar untuk urusan mencari bahan pelajaran.

USAHAWAN ROTI CANAI FROZEN

Nama : Pn. Misnah Binti Mohd Aridin

Umur  : 54 tahun

Ahli     : 2014

 

Latar belakang

Puan Misnah merupakan usahawan frozen roti canai dan juga pembuat roti canai di sebuah kedai makan di Felda Soeharto. Juga lebih di kenali sebagai Kak Ana roti canai.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum penglibatan PIilmu pengetahuan saya dalam keusahawan adalah terhad dan sering takut untuk bersaing.  

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas penglibatan PI, pasaran saya semakin meluas. Hasil jualan saya semakin baik. Saya semakin yakin untuk menguruskan perniagaan saya berdasarkan kemahiran- kemahiran yang saya belajar ketika menghadiri kelas usahawan yang di anjurkan oleh pusat internet.

Itu membuktikan, kelas dan program yang disediakan di PI banyak membantu saya terutama yang kurang dari segi kemahiran ICT.

misnah

USAHAWAN MAKANAN DAN INAI HIASAN TANGAN

Nama : Cik Siti Norsyahira Binti Ramly

Umur  : 18 tahun

Ahli     : 2017

 

Latar belakang

Cik Siti norsyahira merupakan usahawan yang sangat muda di dalam Felda Soeharto. Beliau baru berusia 18 tahun tetapi mempunyai semangat keusahawanan yang sangat tinggi. Perniagaan beliau bercorak Homemade makanan berkhasiat seperti popia Vietnam dan sushi berkhasiat. Tambahan, beliau juga membuat inai hiasan tangan.  

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum penglibatan PI ilmu pengetahuan saya dalam keusahawan adalah terhad khusunya dalam bidang pengiklanan dan cara promosi yang betul di sosial media.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas penglibatan PI, pasaran saya amat memberangsangkan. Setiap hari pasti ada yang menghubungi saya untuk mendapatkan hasil jualan saya. Saya semakin yakin untuk menguruskan perniagaan  berdasarkan kemahiran yang saya belajar ketika menghadiri kelas usahawan yang di anjurkan oleh pusat internet.

Itu membuktikan, kelas dan program yang disediakan di PI banyak membantu saya dari segi packaging, copywriting, editing dan langkah promosi yang berkesan.

s