Tarikh : 08 - 14 Januari 2024

Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Orang Awam

 

Tujuan

Program eMadani adalah inisiatif kerajaan yang bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah di Malaysia. Program ini memberikan kredit e-wallet sebanyak RM100 kepada individu yang memenuhi syarat. Komuniti boleh menebus e-wallet dengan bantuan dari PEDi Felda Soeharto. Komuniti boleh menebus e-madani dengan menggunakan beberapa aplikasi seperti touch n go, setel, shopee pay dan maybank e-wallet. 

Aktiviti

Pekerja PEDi Felda Soeharto membantu komuniti untuk menebus e-wallet sebanyak rm100. Pekerja PEDi membantu komuniti untuk menggunakan telefon bimbit dengan betul dan mengajar mereka untuk menebus e-wallet rm100.

Galeri Foto

Tarikh : 07 Januari 2024

Masa : 3.30 pm - 4.30 pm

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Bahasa Mandarin adalah bahasa yang digunapakai oleh masyarakat Cina di Malaysia. Justeru, bahasa Mandarin semakin mendapat perhatian masyarakat terutamanya masyarakat Melayu dan India untuk mempelajari bahasa Mandarin.

Aktiviti

Pengajar akan membuat satu sesi pembelajaran dengan membenarkan pelajar untuk bersuara semasa pembelajaran dijalankan.Hal ini demikian kerana memudahkan pengajar mendengar pelajar menyebut setiap perkataan yang diajar. Justeru, pengajar dapat memperbetulkan sebutan mereka secara terbuka dan pelajar dapat memahaminya dengan lebih jelas. 

Galeri Foto

 

Tarikh : 02 Januari 2024

Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Usahawan

 

Tujuan

Pihak MDEC mengadakan satu sesi webinar kerjasama bersama TikTok untuk menerangkan mengenai advance tiktok for business. Beberapa pengajar yang terdiri daripada coach yang dilatih oleh MDEC mengajar kelas ini. TikTok ialah aplikasi media sosial popular yang membolehkan pengguna mencipta, menonton dan berkongsi video 15 saat yang dirakam pada peranti mudah alih atau kamera web. TikTok Shop membolehkan jenama mempamerkan dan menjual produk untuk ditemui dan dibeli oleh komuniti TikTok. Pihak TikTok menerangkan cara untuk mendaftar tiktok bisnes dengan betul, meletakkan beg kuning untuk produk, cara membuat live streaming dan lain-lain.

Aktiviti

Sesi webinar ini dibentangkan oleh jurulatih-jurulatih dari MDEC. Ahli panel jemputan menerangkan mengenai bagaimana ingin mendaftar tiktok bisnes untuk perniagaan, mempromosikan produk, meletakkan beg kuning, cara membuat live streaming tanpa ada kesalahan dan lain-lain.

Galeri Foto

Tarikh : 04 Januari 2024

Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Usahawan

 

Tujuan

Pihak MDEC mengadakan satu sesi webinar kerjasama bersama pengajar yang telah dilantik untuk menagajar kepada usahawan mengenai database dan email marketing. Database adalah  teknik pemasaran yang berdasarkan penyelidikan dan pengumpulan data mengenai pengguna, dari nama dan maklumat hubungan mereka kepada interaksi mereka dengan syarikat atau keutamaan untuk produk tertentu. Email marketing pula adalah satu bentuk pemasaran langsung serta pemasaran digital, yang menggunakan e-mel untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan perniagaan. Jika usahawan menggunakan database dan email marketing ini, mereka dapat meningkatkan hubungan pelanggan dan kesetiaan jangka panjang, meningkatkan perkhidmatan dan meningkatkan hasil pemasaran.

Aktiviti

Sesi webinar ini dibentangkan oleh jurulatih-jurulatih dari MDEC. Pengajar menerangkan mengenai apa itu database dan email marketing. Pengajar memberi cara bagaimana usahawan hendak menggunakan database dan email marketing ini untuk meningkatkan hasil pemasaran dan menyimpan data-data pelanggan.

Galeri Foto

Tarikh : 21 Disember 2023

Masa : 11.00 pagi - 1.00 petang

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Usahawan

 

Tujuan

Pihak TM SME bersama Rakan Digital PEDi Felda Soeharto dan Rakan Digital PEDi Felda Soeharto mengadakan bengkel Bisness Cemerlang Bersama Unifi Business. Usahawan dijemput untuk menghadiri bengkel tersebut. Banyak pengetahuan yang diterima mengenai pakej-pakej yang dianjurkan oleh Unifi Business.

Aktiviti

Sesi bengkel ini dibentangkan oleh panel jemputan. Panel menerangkan pakej-pakej yang dianjurkan oleh Unifi Business. Usahawan-usahawan diberi penerangan untuk mengikut bengkel business cemerlang bersama unifi business.

Galeri Foto