Tarikh : 06 April 2024 Masa : 10.45 pagi - 11.45 pagi Tempat : NADI Felda Soeharto Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
E-Tuition DiLea adalah salah satu program digital learning yang dijalankan di setiap NADI. Pembelajaran kali ini adalah untuk menilai tahap kefahaman pelajar sepanjang pembelajaran berlangsung pada setiap minggu. Penilaian ini juga bertujuan untuk melihat keberkesanan sistem etuisyen yang sedang dijalankan. Pada hari ini, pelajar belajar mengenai satu teks diberi dan menjawab mengikut jawapan di dalam teks.
Aktiviti
Pelajar diberikan soalan yang berkaitan dengan subjek Bahasa Inggeris yang merangkumi semua tajuk yang telah diajar pada setiap minggu. Pelajar akan menjawab soalan- soalan tersebut mengikut ketetapan masa yang telah ditetapkan. Pengajar akan menyemak jawapan setiap pelajar selepas sesi pembelajaran tamat.
Tarikh : 04 April 2024 Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengah hari Tempat : NADI Felda Soeharto Peserta : Pelajar UNIMEL & Usahawan |
Tujuan
NADI Felda Soeharto bekerjasama dengan pelajar Universiti Islam Melaka (UNIMEL) mengadakan bengkel keusahawanan bersama mereka. Pada hari ini, Penolong Pengurus NADI Felda Soeharto membentangkan mengenai Editing canva untuk usahawan. Kebanyakan pelajar telah mengetahui mengenai canva sebagai kerja sekolah mereka. Canva adalah satu aplikasi mengedit gambar menjadi gambar yang bercorak. Penolong pengurus mengajar bagaimana nak edit gambar di dalam canva.
Aktiviti
Penolong Pengurus diberi tugasan untuk membentangkan mengenai canva untuk usahawan. Pengajar mengajar bagaimana ingin edit gambar menggunakan canva dan setiap pelajar diberi tugasan untuk membuat rialah mengenai produk masing-masing.
Tarikh : 21 Mac 2024 Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengah hari Tempat : NADI Felda Soeharto Peserta : Pelajar UNIMEL & Usahawan |
Tujuan
NADI Felda Soeharto bekerjasama dengan pelajar Universiti Islam Melaka (UNIMEL) mengadakan bengkel keusahawanan bersama mereka. Pada hari ini, Rakan Digital NADI Felda Soeharto membentangkan mengenai shopee business. Ramai dikalangan pelajar sudah mempunyai shopee tetapi tidak mengetahu bagaimana inginmenjual produk di dalam shopee. Rakan Digital menerangkan bagaimana nak mulakan perniagaan di shopee.
Aktiviti
Rakan Digital diberi tugasan untuk menerangkan kepada Pelajar UNIMEL mengenai shopee business. Rakan Digital menerangkan bagaimana ingin mendaftar akaun shopee perniagaan kepada pelajar UNIMEL.
Tarikh : 26 Mac 2024 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari Tempat : NADI Felda Soeharto Peserta : Usahawan |
Tujuan
NADI Felda Soeharto mengadakan program membuat biskut kesihatan bersama usahawan.. Pada hari ini, Rakan Digital NADI Felda Soeharto menerangkan bagaimana hendak membuat biskut kesihatan yang mudah dan senang untuk dibuat oleh semua usahawan. Selain itu, Rakan Digital juga menerangkan bagaimana usahawan ingin berniaga produk mereka di dalam shopee.
Aktiviti
Rakan Digital diberi tugasan untuk menereangkan bagaimana ingin membuat biskut kesihatan yang mudah dan cepat. Selain itu, Rakan Digital jugak menerangkan bagaimana ingin menjual produk usahawan dalam shopee.
Tarikh : 18 - 24 Mac 2024 Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang Tempat : NADI Felda Soeharto Peserta : Orang Awam |
Tujuan
PADU merupakan singkatan bagi Pangkalan Data Utama yang memusatkan semua data-data kita yang telah dikumpul dari semua agensi-agensi kerajaan seperti LHDN, KWSP, JPJ dan sebagainya. Antara data yang disimpan dalam PADU adalah seperti maklumat terkini pekerjaan anda dan pendapatan kewangan anda. Untuk makluman PADU dan ID Digital Nasional adalah dua benda yang berbeza. ID Digital Nasional adalah pengenalan diri anda secara digital yang memudahkan urusan dalam talian. Kelak PADU dan ID Digital Nasional akan diintegerasikan. Dengan menyatupadukan semua maklumat diri dari setiap agensi kerajaan, peluang untuk berlaku pertindihan data dan maklumat yang saling bercanggah adalah kurang.
Aktiviti
Pekerja NADI Felda Soeharto dan pihak DOSM bersama-sama membantu komuniti untuk mengemaskini sisitem PADU ini dan pastikan setiap data yang diisi perlulah lengkap dan dapat pengesahan setiap kali pendaftaran. Setiap isi rumah yang berumur 18 tahun ke atas perlu mengisi maklumat di dalam sistem PADU.