Tarikh : 07 Januari 2024 Masa : 3.30 pm - 4.30 pm Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Bahasa Mandarin adalah bahasa yang digunapakai oleh masyarakat Cina di Malaysia. Justeru, bahasa Mandarin semakin mendapat perhatian masyarakat terutamanya masyarakat Melayu dan India untuk mempelajari bahasa Mandarin.
Aktiviti
Pengajar akan membuat satu sesi pembelajaran dengan membenarkan pelajar untuk bersuara semasa pembelajaran dijalankan.Hal ini demikian kerana memudahkan pengajar mendengar pelajar menyebut setiap perkataan yang diajar. Justeru, pengajar dapat memperbetulkan sebutan mereka secara terbuka dan pelajar dapat memahaminya dengan lebih jelas.
Tarikh : 04 Januari 2024 Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto Peserta : Usahawan |
Tujuan
Pihak MDEC mengadakan satu sesi webinar kerjasama bersama pengajar yang telah dilantik untuk menagajar kepada usahawan mengenai database dan email marketing. Database adalah teknik pemasaran yang berdasarkan penyelidikan dan pengumpulan data mengenai pengguna, dari nama dan maklumat hubungan mereka kepada interaksi mereka dengan syarikat atau keutamaan untuk produk tertentu. Email marketing pula adalah satu bentuk pemasaran langsung serta pemasaran digital, yang menggunakan e-mel untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan perniagaan. Jika usahawan menggunakan database dan email marketing ini, mereka dapat meningkatkan hubungan pelanggan dan kesetiaan jangka panjang, meningkatkan perkhidmatan dan meningkatkan hasil pemasaran.
Aktiviti
Sesi webinar ini dibentangkan oleh jurulatih-jurulatih dari MDEC. Pengajar menerangkan mengenai apa itu database dan email marketing. Pengajar memberi cara bagaimana usahawan hendak menggunakan database dan email marketing ini untuk meningkatkan hasil pemasaran dan menyimpan data-data pelanggan.
Tarikh : 21 Disember 2023 Masa : 11.00 pagi - 1.00 petang Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto Peserta : Usahawan |
Tujuan
Pihak TM SME bersama Rakan Digital PEDi Felda Soeharto dan Rakan Digital PEDi Felda Soeharto mengadakan bengkel Bisness Cemerlang Bersama Unifi Business. Usahawan dijemput untuk menghadiri bengkel tersebut. Banyak pengetahuan yang diterima mengenai pakej-pakej yang dianjurkan oleh Unifi Business.
Aktiviti
Sesi bengkel ini dibentangkan oleh panel jemputan. Panel menerangkan pakej-pakej yang dianjurkan oleh Unifi Business. Usahawan-usahawan diberi penerangan untuk mengikut bengkel business cemerlang bersama unifi business.
Tarikh : 02 Januari 2024 Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto Peserta : Usahawan |
Tujuan
Pihak MDEC mengadakan satu sesi webinar kerjasama bersama TikTok untuk menerangkan mengenai advance tiktok for business. Beberapa pengajar yang terdiri daripada coach yang dilatih oleh MDEC mengajar kelas ini. TikTok ialah aplikasi media sosial popular yang membolehkan pengguna mencipta, menonton dan berkongsi video 15 saat yang dirakam pada peranti mudah alih atau kamera web. TikTok Shop membolehkan jenama mempamerkan dan menjual produk untuk ditemui dan dibeli oleh komuniti TikTok. Pihak TikTok menerangkan cara untuk mendaftar tiktok bisnes dengan betul, meletakkan beg kuning untuk produk, cara membuat live streaming dan lain-lain.
Aktiviti
Sesi webinar ini dibentangkan oleh jurulatih-jurulatih dari MDEC. Ahli panel jemputan menerangkan mengenai bagaimana ingin mendaftar tiktok bisnes untuk perniagaan, mempromosikan produk, meletakkan beg kuning, cara membuat live streaming tanpa ada kesalahan dan lain-lain.
Tarikh : 19 Disember 2023 Masa : 2.30 petang - 3.30 petang Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Memudahkan para pelajar untuk ulangkaji pelajaran dan menggalakkan pelajar memilih PEDi sebagai platform pembelajaran. Program E-Stem adalah merupakan singkatan kepada bidang Sains, Teknologi, Enginering dan Matematik. Istilah ini biasanya digunakan bagi menunjukkan dasar pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah bagi meningkatkan daya saing dalam bidang pembangunan teknologi. Untuk sesi pertama, mereka diberikan pencerahan mengenai sebenarnya.my. Sesi seterusnya meraka diberikan latihan jigsaw puzzle mencantumkan ceraian gambar menjadi satu gambar. Dan akhir sekali, sesi stem iot iaitu kereta belon menggunakan bahan-bahan terpakai.
Aktiviti
Pengajar mengajar apa itu stem iot dan memberikan kuiz kepada pelajar sekolah. Pengajar mendedahkan mengenai sebenarnya.my. Seterusnya, pengajar memberi latihan jigsaw puzzle mencantumkan gambar yang tercerai menjadi satu gambar. Akhir sekali, membuat kereta belon menggunakan bahan terpakai.