Tarikh : 08 Mac 2024

Masa : 10.30 pagi - 11.30 pagi

Tempat : NADI Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Program yang dijalankan adalah  kelas ICT. Sesi pertama adalah pencarian tokoh terkenal. Pencarian ini bagi pelajar mengetahui sejarah tokoh-tokoh yang terdahulu. Mereka perlu mencari di dalam google dan perlu mempersembahkan hasil pencarian mereka bagi memberi keberanian untuk setiap pelajar bercakap di khalayak orang ramai.

Aktiviti

Pengajar memberi satu tugasan untuk pelajar mencari tokoh-tokoh terdahulu dan selepas itu, pelajar perlu mempersembahkan hasil pencarian mereka di hadapan semua.

Galeri Foto

Tarikh : 07 Mac 2024

Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : NADI Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Pada hari ini, setiap pelajar diberi satu helai kertas yang mempunyai gambar untuk diwarnakan mengikut kreativiti masing-masing. Ini dapat meningkatkan kreativiti dan kemahiran setiap pelajar. Selain itu, pelajar diberi puzzle untuk dicantumkan menjadi satu gambar yang cantik.

 

Aktiviti

Pengajar memberi latihan mewarna kepada pelajar. Setiap satu pelajar diberi satu helai kertas untuk diwarnakan. Selain itu, pengajar memberikan satu puzzle kepada setiap pelajar untuk mencantumkan.

 Galeri Foto

Tarikh : 02 Mac 2024

Masa : 10.00 pagi - 10.30 pagi

Tempat : NADI Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Program yang dijalankan adalah Klik dengan Bijak dan kelas ICT. Sesi pertama adalah klik dengan bijak. Setiap pelajar perlu menonton video mengenai maklumat palsu. Setelah itu, mereka perlu menjawab soalan klik dengan bijak yang telah disediakan oleh pengajar. Setelah selesai, mereka diberi arahan untuk kelas ICT pula. Kelas ICT iaitu word search online. Setiap pelajar perlu mencari perkataan yang telah disediakan.

Aktiviti

Sesi pertama pengajar perlu memberi keterangan mengenai klik dengan bijak dan memberi soalan kepada pelajar. Setelah itu, setiap pelajar perlu mencari perkataan dalam kelompok huruf yang disediakan.

Galeri Foto

Tarikh : 05 - 10 Mac 2024

Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang

Tempat : NADI Felda Soeharto

Peserta : Orang Awam

 

Tujuan

PADU merupakan singkatan bagi Pangkalan Data Utama yang memusatkan semua data-data kita yang telah dikumpul dari semua agensi-agensi kerajaan seperti LHDN, KWSP, JPJ dan sebagainya. Antara data yang disimpan dalam PADU adalah seperti maklumat terkini pekerjaan anda dan pendapatan kewangan anda. Untuk makluman PADU dan ID Digital Nasional adalah dua benda yang berbeza. ID Digital Nasional adalah pengenalan diri anda secara digital yang memudahkan urusan dalam talian. Kelak PADU dan ID Digital Nasional akan diintegerasikan. Dengan menyatupadukan semua maklumat diri dari setiap agensi kerajaan, peluang untuk berlaku pertindihan data dan maklumat yang saling bercanggah adalah kurang.

Aktiviti

Pekerja PEDi Felda Soeharto dan pihak DOSM bersama-sama membantu komuniti untuk mengemaskini sisitem PADU ini dan pastikan setiap data yang diisi perlulah lengkap dan dapat pengesahan setiap kali pendaftaran.  Setiap isi rumah yang berumur 18 tahun ke atas perlu mengisi maklumat di dalam sistem PADU. 

Galeri Foto

Tarikh : 01 Mac 2024

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : NADI Felda Soeharto

Peserta : Dewasa

 

Tujuan

Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan akan kepentingan mengendalikan makanan dengan selamat agar keselamatan makanan dapat di jaga dan akhirnya pelanggan tidak mendapat mudharat akibat dari cara pengendalian makanan yang tidak bersih. Kursus Pengendalian Makanan ini adalah kursus yang dibuat khas kepada pengendali makanan di seluruh Malaysia. Kegagalan mendapatkan sijil kursus pengendalian makanan sekiranya di dapati bersalah boleh di kenakan hukuman denda Maksima RM10,000 atau Penjara maksima 2 Tahun atau kedua-duanya sekali.

Aktiviti

Pengajar memberi latihan secara atas talian kepada semua usahawan atau peniaga makanan. Sebelum itu, peserta miv felda soeharto memberi penerangan mengenai klik dengan bijak. Setelah selesai kursus, pengajar memberi soalan kepada mereka untuk menjawab dengan betul.

Galeri Foto