Tarikh : 13 September 2018

Masa : 10.00 pagi - 12.00 t/hari

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Tetamu : MYView System Sdn Bhd, MESTECC, Pihak MSD Sdn Bhd dan Pengurus dan Perwakilan FELDA (Felda Soeharto)

 

Tujuan

Lawatan ini merupakan sesi pengenalan produk daripada syarikat MYVIEW System Sdn Bhd kepada MESTECC, Pusat Internet Felda Soeharto dan syarikat pengurusan MSD Sdn Bhd tentang kamus digital yang pihak mereka usahakan. Aplikasi kamus digital yang di panggil Qamus Digital Pro (QPR) telah dimuat turun di komputer pusat internet untuk kegunaan pengguna. Aplikasi kamus digital ini amat mudah dan mempunyai pilihan bahasa yang pelbagai. Turut hadir pada program lawatan ini juga ialah pengurus dan perwakilan FELDA cawangan Felda Soeharto. 

Aktiviti

Sesi penerangan dan pembentangan produk. Demontrasi kepenggunaan QPR juga dilakukan. Kepada yang berminat  untuk mendapatkan kamus digital QPR ini, anda boleh layari www.myviewsystem.com untuk maklumat lanjut.

Galeri Foto