Tarikh : 03 November 2023

Masa : 3.00 petang - 4.00 petang

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Orang Awam

 

Tujuan

Sesi webinar ini dijalankan adalah kerjasama bersama KKM dan Program Pengurusan Berat Badan PEDi Felda Soeharto. Sesi ini menerangkan mengenai cara pemakanan yang betul untuk menurunkan berat badan yang dibentangkan oleh Pn. Noor Hazila Abu Bakar, Pegawai Sains Pemakanan C44. Selain itu, penceramah menerangkan kenapa perlu seseorang itu mengambil makanan secara sedikit dan sihat. Seterusnya, penceramah memberi tips kira kalori setiap pemakanan yang di ambil.

Aktiviti

Sesi webinar ini dibentangkan oleh penceramah pemakanan sihat. Menerangkan mengenai pengambilan makanan yang betul dan sihat. Penceramah memberi tips untuk kira kalori setiap pengambilan pemakanan yang di ambil.

Galeri Foto

Tarikh : 01 November 2023

Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengah hari

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Orang Awam

 

Tujuan

Sesi webinar ini dijalankan adalah kerjasama SSM, BSN , AIM dan PERNAS untuk membentangkan topik  mengenai SSM dan isu2 semasa. Pihak ssm menerangkan apa itu ssm dan jenis2 ssm yang disediakan. Pihak ssm jugak menerangkan bagaimana ingin mendaftar dan memperbaharui ssm untuk usahawan-usahawan. Banyak kelebihan apabila usahawan mempunyai ssm. Selain itu, sesi bual bicara bersama ahli panel seperti BSN, AIM, PERNAS dan wakil dari Jabatan SSM untuk membincangkan mengenai rancang perniagaan dan pengurusan kewangan perniagaan dan ssm biztrust.

Aktiviti

Sesi webinar ini dibentangkan oleh ahli panel jemputan. Ahli panel jemputan menerangkan mengenai apa itu ssm. Bagaimana cara mendaftar ssm dengan betul dan memperbaharui ssm mengikut tahun. Bual bicara bersama ahli panel mengenai perancangan menguruskan kewangan.

Galeri Foto

Tarikh : 21 Oktober 2023

Masa : 8.00 Pagi - 1.00 Petang

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Program Kesedaran dan Perkasa komuniti dengan kerjasama pelbagai agensi ini dijalankan untuk memberi kesedaran dan memperkasa komuniti mengenai perkhidmatan tambahan yang ada di PEDi seperti Digital Payment, Ecommerce, Tuisyen online dan pelbagai lagi. Selain itu, PEDi Felda Soeharto mengadakan pertandingan mewarna terbuka untuk semua pelajar yang berumur 4 hingga 12 tahun. Pertandingan mewarna ini terbahagi kepada 3 kategori iaitu tadika dan prasekolah, taha 1 sekolah rendah dan tahap 2 sekolah rendah. Pelajar mewarna mengikut kategori yang telah ditetapkan.

Aktiviti

Pertandingan mewarna ini ditentukan oleh warna yang paling cantik dan kemas. Juri akan menetapkan pemenang. Seramai hampir 60 orang pelajar yang terlibat dalam pertandingan ini.

Galeri Foto

Tarikh : 24 Oktober 2023

Masa : 2.30 petang - 3.30 petang

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Memudahkan para pelajar untuk ulangkaji pelajaran dan menggalakkan pelajar memilih PEDi sebagai platform pembelajaran. Pada hari ini, pelajar diberi kuiz mengenai Classification of matter terdapat tiga kasifikasi iaitu, pepejal, ceacair dan gas. Pepejal mempunyai bentuk dan isipadu yang pasti. Cecair mempunyai isipadu yang pasti, tetapi mengambil bentuk bekas. Gas tidak mempunyai bentuk atau isipadu yang pasti. Selain itu. pelajar diberi latihan mencari perkataan dalam timbunan huruf yang berterabur. Akhir sekali, pelajar perlu membaca sebenarnya.my untuk memastikan setiap berita atau maklumat adalah sahih dan betul.

Aktiviti

Pengajar memberi kuiz mengenai pepejal, cecair, gas dan pelajar perlu membuat eksperimen. Selain itu, pengajar memberi arahan untuk pelajar mencari perkataan dalam timbunan huruf. Akhir sekali, sebenarnya,my untuk memastikan maklumat yang sahih.

Galeri Foto

Tarikh : 21 Oktober 2023

Masa : 8.00 Pagi - 1.00 Petang

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Program Kesedaran dan Perkasa komuniti dengan kerjasama pelbagai agensi ini dijalankan untuk memberi kesedaran dan memperkasa komuniti mengenai perkhidmatan tambahan yang ada di PEDi seperti Digital Payment, Ecommerce, Tuisyen online dan pelbagai lagi. Selain itu, PEDi Felda Soeharto mengadakan pertandingan STEM IOT iaitu kuiz STEM terbuka kepada pelajar sekolah yang berumur antara 13 hingga 17 tahun. Kuiz ini mengenai STEM IOT iaitu Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik. Banyak soalan yang diberikan untuk setiap pelajar menjawab.

Aktiviti

Pengajar menyediakan soalan STEM IOT secara atas talian. Banyak jawpan betul akan diberikan hadiah. Link untuk kuiz stem : https://wordwall.net/ms/resource/61099794/kuiz-ict

Galeri Foto