Tarikh : 16 Ogos 2023

Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Orang Awam

 

Tujuan

Program taklimat ini diadakan kerjasama antara pihak MSD dan PEDi. Untuk hari ini, taklimat entering the job market ini mengenai persediaan untuk mereka melangkah ke alam pekerjaan. Pelajaran hari ini adalah bagaimana ingin mengikuti temuduga dengan baik dan diterima oleh syarikat. Banyak langkah yang perlu mereka lakukan sebelum ditemuduga. Mereka perlu membawa dokumen yang diperlukan, memakai pakaian yang sesuai untuk temuduga, menjawab soalan dengan baik, perkenalkan diri dan banyak lagi skil temuduga. Pada hari ini, mereka belajar bagaimana kita ingin memulakan sesi temuduga ini dengan perkenalan yang baik dan diterima majikan syarikat.

Aktiviti

Program ini dilakukan secara atas talian. Makanya setiap yang mendaftar masuk program ini perlu menggunakan platform yang telah disediakan. Pengajar telah memberi link facebook live untuk memudahkan orang awam untuk masuk program ini

Galeri Foto

Tarikh : 15 Ogos 2023

Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Orang Awam

 

Tujuan

Program taklimat ini diadakan kerjasama antara pihak MSD dan PEDi. Untuk hari ini, taklimat entering the job market mengenai etika ketika lakukan sebuah perniagaan dan dandanan peribadi. pengajar mengajar bagaimana adab ketika kita dalam satu organisasi untuk sebuah syarikat perniagaan. Selain itu, mereka juga diajar bagaimana ingin memilih pakaian yang sesuai untuk masuk kerja dan pemilihan baju, jam, kasut juga.

Aktiviti 

Program ini dilakukan secara atas talian. Makanya setiap yang mendaftar masuk program ini perlu menggunakan platform yang telah disediakan. Pengajar telah memberi link facebook live untuk memudahkan orang awam untuk masuk program ini.

Galeri Foto

Tarikh : 8 Ogos 2023

Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengah hari

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Orang Awam

 

Tujuan

Matlamat utama program ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan program baru untuk setiap PEDi. Untuk permulaan ia dijalankan di PEDi Felda Soeharto. Dengan kehadiran YB Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi Dan Digital memeriahkan lagi program ini. Program ini dijalankan untuk penambahbaikan perkhidmatan dan fungsi Pusat Ekonomi Digital bagi kemudahan komuniti setempat. Kelajuan internet juga di naik taraf sehingga 800 mbps. Progran ini kerjasama dari Kementerian Komunikasi dan Digita (KKD), Malaysian Communication And Multimedia Commission (MCMC), Telekom Malaysia Berhad (TM), MSD Digital Intelligence Sdn Bhd, Malaysian Technology Development Corporation (MTDC), Malaysia Corruption Watch (MCW), PEDi Felda Soeharto dan PEDi Kluster Hulu Selangor.

Aktiviti

Banyak aktiviti yang dijalankan pada program ini. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan cari perkataan tersembunyi, pertandingan KDB dan ICT dan lain-lain lagi. Program ini juga menyediakan pameran-pameran seperti pameran produk dari usahawan ,pemeriksaan kesihatan, Pameran Unifi dan lain-lain 

Terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir dan turut serta memeriahkan majlis pada program kali ini. 

Galeri Foto

Tarikh : 9 Ogos 2023

Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Orang Awam

 

Tujuan

Program taklimat ini diadakan kerjasama antara pihak MSD dan PEDi. Untuk hari ini, taklimat agrotechnology mengenai kaedah atau jentera yang diperlukan untuk pengeluaran yang cekap. Pengajar mengajar bagaimana nak buat smart farming. Smart farming adalah  menguruskan ladang menggunakan teknologi Maklumat dan komunikasi moden untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti produk sambil mengoptimumkan tenaga manusia yang diperlukan. Terdapat juga video proses bagaimana mereka menghasilkan tanaman dengan baik dan sihat.

Aktiviti 

Program ini dilakukan secara atas talian. Makanya setiap yang mendaftar masuk program ini perlu menggunakan platform yang telah disediakan. Pengajar telah memberi link facebook live untuk memudahkan orang awam untuk masuk program ini.

Galeri Foto

Tarikh : 04 Ogos 2023

Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Memudahkan para pelajar untuk ulangkaji pelajaran dan menggalakkan pelajar memilih PEDi sebagai platform pembelajaran. Pada hari ini, pelajar menghasilkan origami berbentuk ketam dan burung. Selain itu, pelajar diberi latihan klik dengan bijak.

 

Aktiviti

Aktiviti menghasilkan origami yang berbentuk ketam dan burung diajar oleh pengajar. Hasil origami ini perlu di bawa pulang untuk dilihat oleh ibu bapa apa yang pelajar hasilkan sepanjang aktiviti tersebut. Selain itu, mereka menjawab kuiz mengenai klik dengan bijak. 

Galeri Foto