Tarikh : 21 Oktober 2023 Masa : 8.00 Pagi - 1.00 Petang Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto Peserta : Orang Awam |
Tujuan
Program Kesedaran dan Perkasa komuniti dengan kerjasama pelbagai agensi ini dijalankan untuk memberi kesedaran dan memperkasa komuniti mengenai perkhidmatan tambahan yang ada di PEDi seperti Digital Payment, Ecommerce, Tuisyen online dan pelbagai lagi. Selain itu, PEDi Felda Soeharto mengadakan pertandingan menu masakan sihat terbuka untuk komuniti Felda Soeharto wanita dewasa. Pertandingan ini khusus untuk menyediakan masakan sihat yang menarik dan mengikut kriteria yang ditetapkan dari segi rasa, kreativiti, hiasan dan lain-lain.
Aktiviti
Menu masakan sihat disediakan oleh peserta dan juri merasa setiap masakan dan menilai. Seramai 10 orang peserta yang terlibat dalam pertandingan menu masakan sihat.