FELDA SOEHARTO

PENGENALAN

Felda Soeharto/Felda Sungai Dusun mula dibangunkan pada tahun 1962 dengan tanaman utama kelapa sawit. Pada tahun 1966, seramai 119 orang peneroka telah diterima masuk ke rancangan ini yang dinamakan Lembaga Kemajuan Tanah Rancangan Sungai Dusun. Pada 18 Mac 1970, Presiden Suharto dari Indonesia telah melakukan lawatan ke Felda Sungai Dusun. Tujuan lawatan beliau adalah untuk melihat keberkesanan Program Pembangunan Luar Bandar di bawah pengurusan FELDA (LKTP) yang diilhamkan oleh Kerajaan Malaysia. Sempena lawatan beliau itu, nama Sungai Dusun telah ditukar kepada Felda Soeharto. Kehadiran peneroka bertambah dari tahun ke tahun sehingga berjumlah seramai 653 orang. Felda Soeharto ditadbir oleh seorang Pengurus dan Ketua Peneroka.