Nama : Nurul Haida binti Tun Musa

Umur  : 29 tahun

Ahli     : 2018

 

 

Latar belakang

Saya merupakan agent produk kecantikan Nurraysa yang memulakan penjualan ini bermula pada tahun 2018. Saya juga anak jati Felda Soeharto dan memulakan perniagaan di sekitar Felda Soeharto terlebih dahulu sebelum ke kawasan lain.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum penggunaan ICT, saya ada menimba ilmu dalam dunia perniagaan namun secara tidak meluas dan sumber yang terhad. Itu menyebabkan saya sering tidak mendapat tempat dalam promosi barangan di media sosial khususnya. Selain itu, saya kurang kemahiran dalam bidang komputer dan ICT yang menyebabkan banyak perkara yang terhalang sehingga saya tidak dapat mempromosi produk dengan lebih meluas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas penggunaan ICT dan menyertai kelas atau program keusahawanan anjuran Pusat Internet Komuniti Felda Soeharto, ilmu perniagaan saya semakin meningkat khususnya cara saya menjual produk di sosial media, platform seperti kelas Facebook dan Shopee banyak membantu saya untuk menguruskan perniagaan dan mengembangkan lagi jualan di merata tempat. Daya komunikasi jualan juga semakin baik dari masa ke masa.

ss