Tarikh : 18 April 2019

Masa : 2.00 petang- 6.00 petang

Tempat : Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya

 

Tujuan

Majlis Pelancaran 5G Malaysia.

Aktiviti

Tahniah kepada Pelajar Pusat Internet Felda Soeharto, En. Mahdar Adnan kerana Kisah Kejayaan beliau di pilih oleh pihak MCMC dan membawa nama komuniti Felda Soeharto semasa Program Pelancaran 5G Malaysia yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad di Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya pada 18 April 2019.

Program ini bersama Malaysia Communications and Multimedia Commission yang di adakan selama 4 hari juga mengadakan pameran menonjolkan pelbagai aplikasi untuk industri berbeza termasuk pendidikan, penjagaan kesihatan, perkebunan dan perkilangan pintar. Antara pempamer ialah syarikat-syarikat telekomunikasi terkemuka seperti Celcom, Digi, Ericsson, Huawei, Malaysia Automotive Robotics IoT Institute (MARii), Maxis, Nokia, Telekom Malaysia (TM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan ZTE.

Tonton video penuh kisah kejayaan Celik IT di ruangan galeri video. 

Galeri Foto