Tarikh : 14 Januari 2023

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Dewasa

 

Tujuan

Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan akan kepentingan mengendalikan makanan dengan selamat agar keselamatan makanan dapat di jaga dan akhirnya pelanggan tidak mendapat mudharat akibat dari cara pengendalian makanan yang tidak bersih. Kursus Pengendalian Makanan ini adalah kursus yang dibuat khas kepada pengendali makanan di seluruh Malaysia. Kegagalan mendapatkan sijil kursus pengendalian makanan sekiranya di dapati bersalah boleh di kenakan hukuman denda Maksima RM10,000 atau Penjara maksima 2 Tahun atau kedua-duanya sekali.

Aktiviti

Pengajar memberi latihan secara atas talian kepada semua usahawan atau peniaga makanan. Sebelum itu, peserta miv felda soeharto memberi penerangan mengenai klik dengan bijak. Setelah selesai kursus, pengajar memberi soalan kepada mereka untuk menjawab dengan betul.

Galeri Foto